Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Hanya satu peratus peluang Manchester City atasi Real Madrid?

city.jpg
Pep Guardiola percaya Manchester City hanya mempunyai 1% peluang untuk mengatasi Real Madrid dengan defisit jaringan 3-2 dalam perlawanan kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara UEFA (UCL) di Santiago Bernabeu, pada awal pagi Khamis.

The Netizens perlu bekerja keras di Sepanyol nanti setelah mensia-siakan peluang ketika mendahului 1-0 dan 2-1 di Etihad sebelum tewas 3-2 sebelum ini.

Untuk rekod, ini merupakan kali kelima City tewas dalam perlawanan pertama pusingan kalah mati UCL, sementara Real Madrid telah membuka 40 aksi kalah mati dengan kemenangan.


 


"Margin untuk menang di Bernabeu dalam kedudukan itu, semua orang tahu jika anda bertanya sebelum perlawanan, peratusan untuk mara, saya tidak tahu, kami tiba pada 1% atau saya tidak mengetahuinya.

"Ia akan menjadi minimum, tetapi sebanyak yang ada ada peluang maka kami akan cuba, itu pasti.

"Peluangnya kecil kerana keputusannya tidak bagus. Lima minit sebelum itu, dengan 2-1, ia berbeza.



 


"Tetapi dengan 2-3, peluang itu kurang tetapi sebanyak yang ada peluang, kami akan mengambilnya, dan kami akan lihat apa akan berlaku nanti." katanya.




 

Advertisement

Must Watch Video