Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Gagal pertahan kelebihan, Blues terpaksa akur di tempat kedua

romelu-lukaku.jpg
Chelsea dipaksa berpuas hati dengan tempat kedua Kumpulan H selepas jaringan penyamaan dalam masa kecederaan daripada Magomed Ozdoev bagi membenarkan Zenit seri 3-3 dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dua jaringan daripada Timo Werner dan satu gol Romelu Lukaku tidak cukup untuk memberikan kemenangan buat The Blues, dengan Claudinho, Sardar Azmoun dan Ozdoev menjaringkan gol buat Zenit di Russia, dan The Blues kini bakal diundi untuk ke pusingan 16 selepas menamatkan saingan di bawah Juventus, yang mengatasi Malmo di Turin.
 
Berikutan mengalami kekalahan 3-2 kepada West Ham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) -- menyaksikan mereka dibolosi pada penghujung permainan -- Chelsea gagal mempertahankan tempat pertama saingan Kumpulan H dan berpotensi bertemu Real Madrid atau Bayern Munich dalam pusingan 16.

Advertisement

Must Watch Video