UCL
UCL: Frattesi hampir pitam raikan gol kemenangan Inter
Davide Frattesi mengakui dia terbawa-bawa ketika meraikan jaringannya hingga kepeningan, malah hampir terpaksa keluar selepas memberikan Inter kembali 4-3 di depan Barcelona untuk ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL).
Nerazzurri mencipta malam yang luar biasa di San Siro setelah terikat 3-3 dalam perlawanan pertama untuk mendahului 2-0 di tempat sendiri sebelum ketinggalan 2-3.
Rembatan Francesco Acerbi pada minit ke-93 kemudian memaksa masa tambahan menerusi gol sulungnya dalam kempen ini pada usia 37 tahun, kemudian Frattesi memastikan kemenangan 4-3 untuk menang dengan agregat 7-6, awal pagi tadi.
Iklan
Kemenangan ini menghantar Inter ke final UCL buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun dan menantikan sama ada Arsenal atau Paris Saint-Germain akan menjadi seteru mereka di Munich pada 1 Jun depan.
"Saya bernasib baik untuk meneruskan perlawanan kerana saya terlalu asyik meraikannya hingga membuatkan saya pening dan hampir pitam!
ā Inter āā (@Inter) May 6, 2025
"Saya perlu berterima kasih kepada ahli fisioterapi kerana semalam saya mengalami ketegangan perut, jadi mereka melakukan tugas yang luar biasa untuk memastikan saya cergas untuk perlawanan ini," katanya kepada Sky Sport Italia.
Bekas pemain tengah Roma dan Sassuolo itu turut muncul wira ketika menyingkirkan Bayern Munich dalam suku akhir, jadi jelas sekali dia boleh pertaruhkan ketika detik getir.
"Ia sungguh luar biasa, saya tidak tahu mahu berkata apa-apa. Saya fikir selepas perlawanan Bayern Munich saya tidak dapat mengulangi emosi itu tetapi ia lebih luar biasa malam ini.
"Inilah keindahan bola sepak."
Must-Watch Video