Pemain buangan Manchester United, Marcus Rashford, dipuji sebagai pemain terbaik Barcelona ketika dia menyinar dalam saingan Liga Juara-Juara sekali lagi dan mengetuai gergasi Catalan itu melakar kemenangan 6-1 ke atas Olympiacos awal pagi tadi.
Rashford, yang ditempatkan sebagai pemain nombor sembilan tanpa kehadiran Ferran Torres dan Robert Lewandowski, mencetak dua gol ketika juara Sepanyol itu kembali ke landasan kemenangan di Eropah.
Walaupun tanpa nama bintang seperti Lewandowski, Torres dan Raphinha dalam kesebelasan utama, Barcelona kelihatan lebih dominan menentang juara Greece Olympiacos.
Fermin Lopez membuka jaringan buat Barcelona sebelum menambah bilangna jaringan sebelum tamat separuh masa pertama. Lapan minit melepasi satu jam tempoh permainan, Lamine Yamal mencuri tumpuan meledak gol ketiga Blaugrana menerusi sepakan penalti.
Rashford kemudian menghasilkan dua gol pantas, manakala Lopez melengkapkan hatrik dalam kemenangan 6-1 Barcelona.
Seorang peminat Manchester United bernama Darren menulis di X selepas penguasaan Barcelona, "Marcus Rashford telah menjadi pemain terbaik Barcelona sejak Raphinha mengalami kecederaan."
Seorang lagi peminat United, Okumagba Onakome menambah komen Darren ketika dia menulis, "Masa Rashford di Barcelona jelas sekali akan menjadi satu kejayaan. Saya harap mereka menandatanganinya secara kekal dan membayar wang yang lumayan."
Seorang peminat dengan pemegang X @tosinmm menyiarkan, "Marcus Rashford berkembang maju di Barcelona sangat indah untuk dilihat."
Seorang lagi peminat dengan pemegang @speeds_c menulis, "Rashford dengan keyakinan adalah pemain sayap kiri terbaik di dunia, tidak ada penyerang bola yang lebih baik daripada dia buat masa ini."
Seorang peminat bernama Vartico memuji perjuangan Rashford untuk menjadi pemain terbaik semula ketika dia menulis, "Daripada menjadi pemain buangan kepada menjadi wajah Barcelona. Rashford tidak pernah berputus asa."
Dapatkan Sekarang

Semangat Bola Tak Pernah Padam
Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.
Dapatkan Sekarang