Pep Guardiola mengakui Manchester City memang tidak layak untuk mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas pasukan itu tewas 1-3 kepada Real Madrid dalam perlawanan kedua playoff pusingan kalah mati di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.
Pengurus City itu menjadi saksi betapa hatrik Kylian Mbappe memastikan Madrid, yang juga juara bertahan kejohanan itu, mara ke pusingan 16 dengan agregat 6-3.
Buat kali pertama sepanjang kariernya, Guardiola terpaksa menelan hakikat pasukan bimbingannya gagal melepasi pusingan 16 UCL -- kempennya yang ke-16 sepanjang bergelar pengendali pasukan.
Ia juga merupakan kekalahan ke-13 City dalam kesemua pertandingan musim ini, yang merupakan rekod terburuk buat jurulatih berbangsa Sepanyol itu sepanjang kariernya -- selepas tewas 12 kali dalam musim 2019-20.
Dalam perlawanan itu, City jelas tidak dapat menandingi Madrid dan gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat sebelum minit ke-75.
"Selepas dibolosi gol pertama, kami tidak bertahan dengan baik, ia menjadi semakin sukar dan sukar," katanya kepada TNT Sports.
"Kita perlu menerimanya, pasukan yang lebih bagus menang, jadi tahniah buat Real Madrid. Kami kini akan menumpukan kepada Liga Perdana Inggeris (EPL).
"Mereka pasukan luar biasa dan layak mara. Kami tidak layak. Ia merupakan tahun pertama kami tidak memperoleh kempen yang baik dalam UCL," katanya.