Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Benzema lengkapkan kebangkitan Real

karim-benzema-real-madrid-manchester-city_1ghb3nv43s9o11uxyt7wjr5ts7.jpg
Real Madrid bakal bertemu Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) selepas penalti Karim Benzema dalam masa tambahan melengkapkan kebangkitan untuk menang 3-1 ke atas Manchester City.

Mendahului 4-3 secara agregat dalam aksi pertama, skuad kendalian Pep Guardiola kelihatan bakal membuat penampilan ke final buat kali kedua berturut-turut apabila Riyad Mahrez meletakkan City mendahului perlawanan pada minit ke-73 di Santiago Bernabeu, tetapi raja kebangkitan Real memastikan slot ke final di Paris dengan kemenangan 6-5 secara agregat.

Rodrygo bertindak sebagai pencetus inspirasi apabila menjadi pemain pertama untuk menjaringkan dua gol pada minit ke-90 perlawanan kalah mati UCL untuk memaksa masa tambahan.

Dan Benzema, yang telah menjaringkan dua gol dalam aksi terdahulu, melengkapkan kemaraan skuad bimbingan Carlo Ancelotti ke final dalam masa tambahan.
 
 

Advertisement

Must Watch Video