Pemain tengah Real Madrid, Jude Bellingham, mengakui Los Blancos bernasib baik hanya tewas 0-3 ketika berdepan Arsenal dalam perlawanan suku akhir pertama dalam Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Juara bertahan itu mempunyai segalanya untuk mengekalkan status sebagai juara bertahan UCL apabila bermain di Stadium Bernabeu minggu depan selepas kekalahan yang memalukan di Stadium Emirates itu.
Arsenal hanya memerlukan 17 minit dalam separuh masa kedua untuk menjaringkan tiga gol menerusi dua sepakan percuma yang menakjubkan diambil Declan Rice dan satu gol penyudah yang kemas dibuat oleh Mikel Merino.
Bellingham dan rakan sepasukannya memerlukan magis untuk memulihkan semula defisit jaringan dalam perlawanan kedua di Stadium Bernabeu kelak.
"Arsenal pasukan yang bagus itu hakikat yang perlu diterima, saya tahu dua jaringan Declan Rice menerusi sepakan percuma amat menakjubkan tetapi mereka mungkin boleh menjaringkan lebih banyak gol.
"Kami mempunyai perlawanan timbal balik dan kami perlu buktikan sesuatu yang istemewa di rumah kami.
"Kami mempunyai 90 minit lagi di rumah kami dan kami akan keluarkan segalanya untuk menang aksi tersebut," katanya kepada Amazon Prime.
Dalam masa, Carlo Ancelotti menegaskan bahawa Madrid seharusnya mampu memberikan persembahan yang lebih baik.
"Keputusan itu membuktikan Arsenal jauh lebih baik daripada kami.
"Perlawanan ini agak berbeza, selama 60 minit permainan ini seimbang kedua-dua pasukan sebelum Arsenal mendapat sepakan percuma yang menakjubkan.
"Justeru, rentak permainan berubah. Kini, ia sukar buat kami dalam pertemuan kedua," katanya.