DORTMUND 3 BARCA 1
Pengurus Barcelona, Hansi Flick, mendedahkan bahawa dia perlu mengingatkan barisan pemainnya yang masih diulit kekecewaan bahawa mereka telah mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL)} selepas tumbang 1-3 kepada Borussia Dortmund, awal pagi tadi.
Hatrik sumbangan Serhou Guirassy secara tidak langsung meleburkan rentak 24 perlawanan tanpa kalah Barça sejak awal 2025 dalam kepadatan di Signal Iduna Park tetapi Catalans itu memenangi perlawanan dengan agregat 5-3 selepas kemenangan 4-0 pada perlawanan pertama minggu lalu.
Ini kali pertama Barça mara ke separuh akhir sejak 2019 untuk mengatur perhitungan sama ada dengan Bayern Munich atau Inter Milan di peringkat seterusnya.
"Saya rasa semua orang di sini mengiktiraf dan menghargai persembahan kami musim ini," katanya dalam sidang akhbar apabila ditanya sama ada keputusan itu disertai dengan negatif yang berlebihan.
"Hari ini bukan perlawanan terbaik kami. Saya faham soalan dalam hal itu tetapi saya rasa kami masih ada sebab untuk gembira.
"Malah, sambutan di dalam bilik persalinan tidak meriah. Hanya apabila saya memberitahu mereka, 'Anak-anak, kita berada di separuh akhir,' ia sedikit sebanyak menyemarakkan semangat kami.
"Tetapi sudah tentu, itulah yang diharapkan oleh pemain daripada diri sendiri. Mereka mahu memenangi setiap perlawanan.
"Hari ini, mereka sedikit kecewa tetapi saya fikir kebahagiaan melaluinya akan diutamakan."

Barcelona in the semis.#UCL pic.twitter.com/uWFxWMVACF
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) April 15, 2025