Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

UCL: Barcelona kini adalah calon juara -- Yamal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lamine-yamal.jpg
Pemain sensasi Barcelona, ​​Lamine Yamal, mengisytiharkan bahawa mereka sebagai pasukan pilihan untuk mengungguli Liga Juara-Juara (UCL).

Barcelona menewaskan Benfica dalam pusingan 16 dengan kemenangan agregat 4-1 untuk menempah pertemuan dengan Borussia Dortmund dalam suku akhir.

Yamal, 17, sedang mengharungi musim yang cemerlang menerusi 13 gol dan 14 bantuan jaringan.

Walaupun kurang yakin sebelumnya, fikirannya telah berubah berdasarkan prestasi semasa Barcelona. 



“Kami adalah pasukan pilihan untuk UCL,” katanya kepada akhbar Sepanyol, SPORT.

“Di peringkat berakhir kumpulan, saya pernah mengatakan bahawa Liverpool merupakan pasukan pilihan memandangkan mereka berada di puncak dan mereka sudah pun tumbang, jadi (label) itu kini digalas kami.

"Kami adalah pasukan yang berbeza berbanding tahun lalu, iaitu ketika kami tewas kepada PSG."

Advertisement

Must Watch Video