UCL
UCL: Atletico Madrid sasar perhitungan final
Pengurus Atletico Madrid, Diego Simeone, menegaskan bahawa objektif utama anak buahnya dalam Liga Juara-Juara (UCL) musim ini adalah untuk mencapai perlawanan akhir di Munich pada 31 Mei depan.
Simeone pernah membimbing Atletico ke dua perlawanan akhir tetapi gagal memuktamadkan kejuaraan utama Eropah itu dengan kedua-dua kekalahan kepada seteru setempat, Real Madrid, pada 2014 dan 2016.
Pencapaian terbaik mereka dalam pertandingan itu sejak penampilan terakhir adalah pada 2016-17 yang menyaksikan mereka disingkirkan Los Blancos dalam separuh akhir.
Iklan
Pasukan kendalian Simeone itu akan berdepan Bayer Leverkusen awal pagi esok untuk perlawanan terakhir fasa kumpulan setelah menduduki tangga ke-11 dalam kalangan 36 pasukan dengan mengumpul 12 mata daripada enam perlawanan.
Atletico hanya satu mata di luar kelompok lapan teratas dan sedar dua kemenangan daripada baki perlawanan mereka itu boleh menyaksikan mereka layak secara automatik ke peringkat kalah mati.
UCL mode activated 🌟 pic.twitter.com/VT9jHKJexB— Atlético de Madrid (@atletienglish) January 19, 2025
Begitupun, mereka perlu melepasi rintangan anak buah Xabi Alonso sambil mahu memadam kekalahan kepada Leganes dalam LaLiga yang menamatkan rekod kemenangan 15 perlawanan berturut-turut mereka.
Ditanya betapa pentingnya pertemuan ini dalam usaha mereka untuk ke peringkat lapan teratas, Simeone berkata: "Kami akan bersaing berdasarkan matlamat utama.
"Kelab ini tidak pernah memenangi UCL ini jadi objektif kami adalah untuk mencapai perlawanan akhir yang sangat didambakan dan sangat bernilai buat kami."
Must-Watch Video