Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Aston Villa tekad pahat sejarah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

aston-villa.jpg


VILLA 3 BRUGGE 0 

Ketua pasukan Aston Villa, John McGinn, berkata pemain-pemain kelab itu bertekad memahat sejarah selepas mara ke suku akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi. 


Villa menewaskan Club Brugge dengan agregat 6-1 dalam pusingan 16 selepas memenangi perlawanan kedua 3-0 ke atas 10 pemain pelawat di Villa Park, hasil dua jaringan daripada pemain gantian, Marco Asensio, selain gol sulung Ian Maatsen.

Dalam proses itu, Villa muncul kelab EPL kesembilan menempah slot ke suku akhir UCL -- wakil terbanyak daripada sebuah negara yang layak ke peringkat pertandingan ini.

Dan dengan Paris Saint-Germain (PSG) menyingkirkan Liverpool menerusi penentuan sepakan penalti, McGinn teruja dengan apa yang akan berlaku.

"Ia gila. Ia hasil kerja keras selama bertahun-tahun," katanya kepada TNT Sports. 

"Kami mengecewakan diri dalam separuh masa pertama tetapi mereka adalah pasukan yang baik. 

"Walaupun dengan 10 pemain, mereka adalah pasukan yang lebih baik. 

"Kami bertuah kerana Marco masuk sebagai pemain gantian dan kami menikmati babak kedua yang cemerlang.

"Ia tidak menjadi lebih sukar daripada dua pertemuan dengan PSG. Kami mempunyai perlawanan penting sebelum itu.





"Saya menontonnya (aksi Liverpool lawan PSG) tetapi kami tidak mahu terlalu terbawa-bawa. Villa ke suku akhir Liga Juara-Juara. Kami tidak boleh meminta lebih banyak lagi.

"Adalah bagus untuk berehat seketika. Kami mempunyai peluang untuk layak ke separuh akhir Piala FA di Wembley. Kami mahu kembali lagi dan menikmati malam-malam seperti ini pada musim depan. Ia satu penghujung musim yang sungguh menarik buat kami. 

"Kami memberikan peminat satu pengalaman yang mereka akan kenang selama-lamanya. Kami mahu memahat nama kami dalam sejarah dan kerap mengulangi malam seperti ini."

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video