Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menyeru pemainnya agar berani dan percaya kepada kemampuan diri sendiri menjelang perlawanan kedua suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) menentang Real Madrid awal pagi esok dengan gergasi Sepanyol itu mengintai satu lagi kebangkitan epik.
The Gunners melakar kemenangan selesa 3-0 dalam pertembungan di Stadium Emirates pertama minggu lalu hasil dua gol sepakan percuma daripada Declan Rice dan penyudah indah Mikel Merino.
Begitupun, Real Madrid secara semula jadi mempunyai sebab untuk mempercayai kepada kebangkitan memandangkan mereka mempunyai sejarah untuk kebangkitan luar biasa, lebih-lebih ketika bermain di Santiago Bernabeu.
Bercakap menjelang pertembungan Rabu ini, Arteta menyatakan bahawa Arsenal amat menyedari bahawa juara bertahan dan juara Eropah 15 kali itu sangat mampu untuk membatalkan keputusan di laman sendiri.
"Pendekatan kami adalah untuk memenanginya. Sama seperti yang kami lakukan di London," kata Arteta dalam sidang akhbar pada Selasa.
"Real Madrid akan cuba membawa kami ke tempat yang kami tidak mahu pergi. Saya memahaminya kerana ia adalah sebahagian daripada sejarah mereka dan mereka mempunyai hak untuk bercakap mengenai senario seperti ini.
"Kami perlu menunjukkan kekuatan minda untuk menang. Untuk menjadi berani, untuk menjadi dominan dan untuk berazam.
"Kami perlu mempunyai keyakinan bahawa kami boleh menjadi lebih baik daripada mereka dan memenangi permainan."

Embrace the stage. pic.twitter.com/nqXNbJtwG1
— Arsenal (@Arsenal) April 15, 2025