Skip to main content

Bola Sepak

UCL: Ancelotti sangkal akan angkat kaki

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ancelotti.jpg
Carlo Ancelotti menafikan laporan yang mengaitkannya bakal meninggalkan Real Madrid pada penghujung musim ini sambil mengatakan dia mahu kekal di Santiago Bernabeu selama empat tahun lagi.

Ancelotti, yang telah memenangi tiga mahkota Liga Juara-Juara (UCL) dan dua LaLiga sepanjang dua kali bersama Madrid mempunyai kontrak di ibu negara Sepanyol itu hingga 2026.

Bagaimanapun, stesen radio Sepanyol, Onda Cero, semalam melaporkan bahawa pengurus dari Itali itu telah memutuskan untuk angkat kaki di penghujung kempen ini dengan pengurus Bayer Leverkusen, Xabi Alonso, pula dikhabarkan akan berkelana ke Madrid.

Bagaimanapun, bercakap menjelang pertemuan UCL dengan Salzburg, awal pagi esok, Ancelotti menegaskan perkara itu tidak akan berlaku.

Ditanya sama ada terdapat sebarang kebenaran dalam laporan itu dalam sidang media pra-perlawanan Selasa, Ancelotti berkata: "Tidak. Saya mahu menjadikannya sangat jelas.


 

"Saya tidak akan memutuskan tarikh berlepas saya dari kelab ini. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bilakah hari itu tiba, saya tidak tahu. Saya tidak akan membuat keputusan.

"Ia mungkin esok, selepas perlawanan seterusnya, dalam setahun mahupun lima tahun."

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Juara-Juara Eropah (UCL)
Selasa, 09 Dis
League Phase
11:30 PM
FC Kairat Almaty-team-logo FC Kairat Almaty
Olympiakos Piraeus-team-logo Olympiakos Piraeus

Topik Berkaitan

Must Watch Video