ACL2
Turunkan pemain tidak sah: Pengurusan kelab Jepun saman diri sendiri atas kekalahan dalam ACL2
Pelbagai malapetaka melanda kelab terkemuka Jepun, Sanfrecce Hiroshima, sejak akhir-akhir ini berikutan beberapa permasalahan yang berlaku sehingga tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2), minggu lalu.
Sanfrecce dikenakan hukuman apabila melanggar undang-undang Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) kerana menurunkan pemain yang tidak sah sewaktu bertemu wakil Singapura, Lion City Sailors, dalam perlawanan suku akhir pertama.
Skuad kendalian Michael Skibbe terpaksa menghadiahkan kemenangan 3-0 kepada Sailors meskipun menewaskan jaguh Liga Perdana Singapura (SPL) itu.
Iklan
Sanfrecce Hiroshima Leadership Penalizes Themselves Following ACL Two out#ACLTwo #SanfrecceHiroshima#SNESportshttps://t.co/6lx6DCaeYx— SNE Sports (@SNE_Sports) March 22, 2025
Sehubungan itu, kepimpinan Sanfrecce yang diketuai oleh presiden, Masayoshi Kubo, secara sukarela dikenakan penalti dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas kesilapan tersebut.
Masayoshi Kubo bersetuju memulangkan semula 10 peratus gaji selama enam bulan kepada pasukan selain menerima kadar potongan gaji buat beberapa individu yang lain.
Must-Watch Video