Kekalahan Selangor kepada Persib Bandung dalam perlawanan keempat Kumpulan G, Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) mengundang kemarahan penyokong, sekali gus mencemari suasana usai tamat, malam tadi.
Ratusan peminat membanjiri perkarangan pintu utama Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menuntut penjelasan berkenaan punca kekalahan tersebut, dan ingin mengetahui prestasi merudum dalam kempen kali ini.
Selepas wisel penamat dibunyikan, kekecewaan jelas terpampang menerusi reaksi penyokong, termasuk membangkitkan kemarahan ramai pihak.
Perkongsian daripada portal tempatan menunjukkan himpunan peminat mencetuskan situasi tegang sehingga pegawai keselamatan terpaksa berkumpul memastikan keadaan tidak diingini berlaku.
Difahamkan, desakan tercetus selepas hilang sabar dengan pengurusan Selangor dan meminta untuk tampil secara profesional.
Protes semakin membara susulan pintu serta jalan keluar dikepung menghangatkan lagi situasi.
Terdahulu, beberapa orang didapati memasuki padang atas rasa tidak berpuas hati dengan persembahan pemain.
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, sempat bersemuka dengan kumpulan penyokong sebelum keadaan kembali reda.
Dua gol permulaan daripada Gergasi Merah gagal mengatasi kehebatan pasukan pelawat apabila skuad kendalian Bojan Hodak itu berjaya menawan MBPJ dengan kebangkitan sensasi dan menutup aksi dengan kemenangan 2-3.
Keputusan itu menyaksikan kelab bimbingan Christophe Gamel secara rasminya tersingkir daripada saingan ACL2 buat kali kedua berturut-turut selepas tidak meraih sebarang mata daripada empat perlawanan.

Segelintir penyokong meluahkan rasa kecewa dengan memasuki padang selepas melihat Selangor tumbang 2-3 dan tersingkir di peringkat kumpulan ACLE. ? pic.twitter.com/m1xyViBwA6
— MakanBola (@makanbolaplus) November 6, 2025
Perkongsian daripada portal tempatan menunjukkan himpunan peminat mencetuskan situasi tegang sehingga pegawai keselamatan terpaksa berkumpul memastikan keadaan tidak diingini berlaku.
Difahamkan, desakan tercetus selepas hilang sabar dengan pengurusan Selangor dan meminta untuk tampil secara profesional.
Protes semakin membara susulan pintu serta jalan keluar dikepung menghangatkan lagi situasi.
Terdahulu, beberapa orang didapati memasuki padang atas rasa tidak berpuas hati dengan persembahan pemain.
Penyerang Harimau Malaya, Faisal Halim, sempat bersemuka dengan kumpulan penyokong sebelum keadaan kembali reda.
Dua gol permulaan daripada Gergasi Merah gagal mengatasi kehebatan pasukan pelawat apabila skuad kendalian Bojan Hodak itu berjaya menawan MBPJ dengan kebangkitan sensasi dan menutup aksi dengan kemenangan 2-3.
Keputusan itu menyaksikan kelab bimbingan Christophe Gamel secara rasminya tersingkir daripada saingan ACL2 buat kali kedua berturut-turut selepas tidak meraih sebarang mata daripada empat perlawanan.
Selangor FC fans protest at infront of MBPJ Stadium after match losing to Persib Bandung 2-3#ACLTwo #SELvPSB #SFC #Persib#SNESports#LifeTelco pic.twitter.com/kNB087BUOp
— SNE Sports (@SNE_Sports) November 6, 2025