Jurulatih baru Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mendapat perhatian peminat tempatan apabila menyanyikan lagu kebangsaan sewaktu pertemuan Malaysia menentang Nepal dalam perlawanan Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Selasa lalu.
Video yang dikongsikan oleh laman rasmi pasukan negara di TikTok itu telah menerima puluhan ribu interaksi daripada peminat serata tanah air yang bangga melihat pengendali dari Australia itu fasih menyanyikan NegaraKu.
Aksi pertama itu jurulatih berusia 46 tahun itu berkesudahan kemenangan 2-0 menerusi jaringan pemain warisan terbaru negara, Hector Hevel, dan pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong.
Selepas ini, Malaysia akan bertemu Vietnam bagi mencari kemenangan seterusnya untuk mencerahkan peluang mara secara merit ke Arab Saudi.

@malaysia.nt Kebanggaan kita, demi negara tercinta ?? P/s: Coach Peter is one of us now ?
♬ original sound - Malaysia NT ??