Skip to main content

Bola Sepak

Tujuh bulan gaji tak berbayar, Paulo Josue akhirnya bersuara!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

paulo-josue.jpg
Dalam ketika semua pasukan boleh dikatakan sedang menarik nafas lega selepas baru saja melepasi pelbagai halangan untuk mempersiapkan diri bagi mengahadapi musim Liga Super 2024/25, siapa sangka ada lagi kisah malang pemain yang tidak dibayar gaji berkumandang.

Terbaharu pemain KL City, Paolo Josue didakwa sudah tujuh bulan tidak dibayar gaji oleh kelab tersebut sehingga kini.

Pemain berasal dari Brazil itu mendakwa bahawa, dia sendiri sebenarnya sudah tidak mengingati bilakah tarikh tepat yang  terakhir dia dibayar gaji oleh KL City kerana disebabkan terlalu lama dia bermain secara percuma untuk kelab tersebut.

Bahkan jelas pemain bernasib malang itu lagi, ketika ini beliau terpaksa menampung kehidupan harianya dengan menggunakan wang simpanan peribadinya untuk meneruskan kelangsungan hidup.

"Ada pemain KL City mengalami tunggakan gaji sejak Mac lalu namun situasi tersebut tidaklah seteruk saya kerana kali terakhir dibayar adalah pada Disember tahun lalu," katanya kepada media.

Menurutnya lagi, beliau pernah berbincang dengan pihak pengurusan KL City untuk mencari jalan penyelesaian terbaik untuk keluar dari kemelut itu namun hanya dihidangkan dengan janji yang akhirnya kosong semata.

"Itu semua janji palsu kerana mereka tidak pernah membayarnya! Ramai bertanya sudah tujuh bulan (tertunggak) mengapa masih bersama KL City lagi?..saya kekal kerana sayangkan pasukan," jelasnya lagi.

Astro Arena sudah mencuba mendapatkan penjelasan daripada Ketua Pegawai Eksekutif KL City, Stanley Bernard, dan satu pertemuan akan diadakan esok.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video