Skip to main content

Bola Sepak

Tugas getir buat Suffian

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

suffian.jpg
Penjaga gol berpengalaman Terengganu FC, Suffian Abdul Rahman, menganggap tugas getir menantinya dalam penampilan kali kedua bersama pasukan musim ini untuk berdepan pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Suffian menjadi tonggak penting selepas kehampaan TFC berpunca daripada Wan Azraie Wan Teh dalam beberapa perlawanan terdahulu.

Kesinambungan daripada apa yang berlaku, Suffian kini menjadi harapan utama TFC untuk bangkit menebus kegagalan lalu.

"Sebelum ini, saya tidak dapat beraksi kerana mengalami kecederaan dan memberikan ruang kepada pemain-pemain muda," kata Suffian.

"Aksi yang kurang konsisten menyaksikan saya perlu kembali berada dalam kesebelasan utama," ujarnya.

Berdepan JDT, Suffian menyedari tugasannya kali ini cukup besar untuk digalas.

Namun, bersandarkan pengalaman yang dimiliki, Suffian yakin dia mampu menyerap tekanan yang bakal dilancarkan skuad kendalian Raul Longhi itu di Larkin, malam ini.

"JDT memiliki barisan pemain yang berkualiti dan saya berharap TFC dapat menyerap tekanan pasukan lawan."

Pada usia 40 tahun, Suffian bertekad untuk membantu TFC mencapai sasaran utama pasukan berada dalam kelompok tiga terbaik saingan liga musim ini.
 

Advertisement

Must Watch Video