Thomas Tuchel enggan "berpura-pura tiada apa yang berlaku" kerana Chelsea mengalami prestasi buruk, termasuk beberapa persembahan 'sederhana'.
The Blues hanya menang tiga daripada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan dan hanya satu daripada empat aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) -- menerusi kemenangan 2-1 ke atas Watford.
Dua keputusan terakhir Chelsea amat mengecewakan, tewas 3-2 kepada West Ham dan seri 3-3 dengan Zenit dalam Liga Juara-Juara walaupun mendahului dalam kedua-dua perlawanan.
Tuchel berminat untuk menangani isu-isu yang telah menyebabkan kemerosotan pasukannya, tetapi mendedahkan bahawa dia tidak bimbang untuk kembali ke landasan.
“Jika anda mendahului empat kali dalam dua perlawanan dan anda melepaskan satu mata dan bolos enam gol, ia bukan masa untuk mengalihkan pandangan dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku,” kata Tuchel menjelang pertembungan Chelsea dengan Leeds United.
"Ia masih soal butiran dan perkara kecil dan tidak perlu risau tentang gambaran yang lebih besar.
"Anda juga masih boleh mencari banyak hujah mengapa ia terjadi dan akhirnya, kami tidak berpuas hati. Persembahannya tidaklah terlalu teruk, mereka, dalam beberapa ketika, rata-rata kelihatan seperti hilang tumpuan.
"Bagaimanapun, ia amat baik sekali kerana kami masih lagi bersaing di pentas tertinggi. Dua perlawanan terakhir agak aneh bagi kami. Kami kurang bernasib baik dengan dua gol lewat yang dibolosi.
"Pasukan perlu kembali mencari asas kepada tahap yang tertinggi. Kami berada dalam situasi ini bersama-sama. Kami menyedarinya, ini bukan masa untuk terlalu bimbang tetapi juga untuk tidak mengalihkan pandangan."

It's time to hear from Thomas Tuchel ahead of #CheLee tomorrow! ? https://t.co/95YusX6ZJO
— Chelsea FC (@ChelseaFC) December 10, 2021