Skip to main content

Bola Sepak

Tuchel salahkan pengadil Chelsea seri dengan Tottenham

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

thomas-tuchel.jpg
Thomas Tuchel tidak mahu Anthony Taylor untuk mengadili perlawanan Chelsea lagi selepas ini, di mana pengurus The Blues itu berang selepas pasukannya terikat 2-2 dengan Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) lewat malam tadi.

Dalam aksi penuh tegang di Stamford Bridge itu, tuan rumah kelihatan akan memperoleh kemenangan selepas Kalidou Koulibaly dan Reece James dua kali meletakkan mereka di depan --  yang mengapit jaringan Pierre-Emile Hojbjerg buat Spurs.

Bagaimanapun, pada saat-saat akhir, Harry Kane menanduk masuk gol penyamaan Spurs sebelum kedua-dua pengurus pasukan, Tuchel dan Antonio Conte, kelihatan bertengkar secara agresif di tepi padang selepas wisel penamat.

Kedua-dua pengurus itu dilayangkan kad merah oleh Taylor tetapi Tuchel berasakan pengadil itu gagal mengesan pelbagai insiden dalam perlawanan itu, termasuk insiden ofsaid sebelum gol pertama Tottenham dan kekasaran Cristian Romero ke atas Marc Cucurella menjelang gol penyamaan Kane.

Bercakap selepas perlawanan itu, Tuchel berasakan hampir keseluruhan penyokong Chelsea dapat melihat bahawa Taylor telah melakukan pelbagai kesilapan sepanjang perlawanan itu.

"Saya tidak fikir hanya sebahagian penyokong kami berfikir seperti itu. Saya boleh pastikan yang seluruh bilik persalinan kami, setiap daripada kami berfikir sedemikian.

"Saya tidak faham bagaimana jaringan pertama mereka itu tidak ofsaid dan saya tidak faham bagaimana seorang pemain ditarik rambut dan yang menariknya masih berada di atas padang," katanya.
 
Ditanya adakah dia tidak lagi mahu Taylor mengadili perlawanan Chelsea, Tuchel mengakuinya sambil turut menyalahkan pegawai video bantuan pengadil (VAR), yang dilihatnya gagal dalam proses penentuan keputusan.

"Mungkin ia lebih baik (dia tidak mengadili perlawanan Chelsea lagi) tetapi sejujurnya, kita juga memiliki VAR untuk menentukan keputusan.

"Sejak bila pemain boleh ditarik rambut, sejak bila ia dibenarkan? Jika dia tidak dapat melihatnya, saya tidak menyalahkannya -- saya juga tidak dapat melihatnya.

"Kita memiliki orang di VAR yang boleh menyemaknya, dan kemudian anda akan melihatnya. Dan bagaimana ia tidak diberikan sepakan percuma, kemudian tiada kad merah? Bagaimana?

"Dalam kes ini, ia tidak melibatkan pengadil. Jika dia tidak melihat sesuatu seperti itu, kerana itulah kita memiliki orang untuk menyemaknya, sama ada ia satu kesalahan atau tidak," katanya lagi.


 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Perdana Inggeris
Gameweek 15 of 38
Sabtu, 06 Dis
08:30 PM
Aston Villa-team-logo Aston Villa
Arsenal-team-logo Arsenal
11:00 PM
Newcastle United-team-logo Newcastle United
Burnley-team-logo Burnley
11:00 PM
Bournemouth AFC-team-logo Bournemouth AFC
Chelsea-team-logo Chelsea
11:00 PM
Tottenham Hotspur-team-logo Tottenham Hotspur
Brentford-team-logo Brentford
11:00 PM
Everton-team-logo Everton
Nottingham Forest-team-logo Nottingham Forest
11:00 PM
Manchester City-team-logo Manchester City
Sunderland-team-logo Sunderland
Ahad, 07 Dis
01:30 AM
Leeds United-team-logo Leeds United
Liverpool-team-logo Liverpool
10:00 PM
Brighton Hove Albion-team-logo Brighton Hove Albion
West Ham United-team-logo West Ham United
Isnin, 08 Dis
12:30 AM
Fulham-team-logo Fulham
Crystal Palace-team-logo Crystal Palace
Selasa, 09 Dis
04:00 AM
Wolverhampton Wanderers-team-logo Wolverhampton Wanderers
Manchester United-team-logo Manchester United

Must Watch Video