Skip to main content

Bola Sepak

T-Team fokus pulihkan moral pemain

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tt7_1.jpg
Prestasi tidak menentu sepanjang dua bulan lalu menyaksikan T-Team kini sedang bergelut dengan misi kekal dalam saingan Liga Super, musim depan.

Menurut pengendalinya, Rahmad Darmawan, tempoh rehat lebih sebulan selepas aksi kompetitif terakhir 5 Ogos lalu, digunakan sebaik-baiknya untuk mengembalikan semangat dan kecergasan pemain.

Selain itu, ujar Rahmad, keutamaannya ialah memberi masa kepada pemain-pemain untuk berada dalam keadaan fizikal terbaik menghadapi baki saingan akan datang.

“Mereka sudah pulih daripada kecederaan, termasuklah dua tonggak import, Dilshod (Sherofetdinov) dan Yannick (N’Djeng).

“Pertahanan kiri, Mohd Arif (Fadzilah) yang tercedera sejak April lalu pula dijangka akan kembali beraksi menentang Pulau Pinang pada 20 September.

“Selepas deretan kekalahan sebelum ini, kami juga sedang membina semula moral dan keyakinan pasukan untuk mendapat momentum kemenangan,” katanya.

T-Team perlu mengutip tiga mata ke atas Pahang dalam aksi terakhir Kumpulan A, Sabtu ini, untuk layak ke suku akhir Piala Malaysia.

Dalam saingan liga, pasukan berstatus kelab itu kini di kedudukan kelapan dengan mengumpul 19 mata, hanya dua mata dipisahkan daripada zon penyingkiran.

Berbaki tiga perlawanan, The Titans akan membuat perhitungan dengan Pulau Pinang, Pahang dan Sarawak.
 

Advertisement

Must Watch Video