Skip to main content

Bola Sepak

TRW usaha selesaikan tunggakan gaji

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

norizam.jpg
Kelantan FC berusaha menyelesaikan tunggakan gaji tiga bulan dihadapi pasukan The Red Warriors (TRW) itu.

Malah, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman, percaya perkara itu dapat diselesaikan mengambil pendekatan melangsaikan tunggakan tersebut secara beransur-ansur.

“Bagi isu tunggakan gaji tiga bulan, alhamdulillah hari ini dapatlah saya masukkan sedikit RM1,000 sebagai pendahuluan.

“Ini antara usaha untuk menyelesaikan tunggakan tiga bulan gaji kerana esok nak raya. Itu sahaja selamat hari raya, maaf zahir dan batin," ujarnya dalam hantaran TikToknya sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

TRW, yang sebelum ini beraksi dalam saingan Liga Super 2023, diturunkan ke saingan Kejuaraan Liga MBSB Bank 2024/25 selepas gagal mendapatkan lesen kebangsaan.

Liga Bolasepak Amatur (AFL) mengesahkan penyertaan TRW dalam saingan liga tahap tiga itu, yang akan menyingkap tirai pada 1 Jun depan.

Pengerusi AFL, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, berkata keputusan itu disahkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah AFL yang berlangsung secara dalam talian.

Menurutnya, Kelantan FC secara rasmi antara pasukan dalam kalangan 16 pasukan menyahut cabaran musim ini.

-- Sinar Harian
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video