TOTTENHAM 2 NEWCASTLE 1
Ange Postecoglou percaya Tottenham sepatutnya menewaskan Newcastle United dan akan melakukannya jika semua perkara adalah adil dan seimbang.
Spurs tewas 1-2 di Stadium Tottenham Hotspur malam tadi apabila Newcastle bangkit daripada ketinggalan selepas gol pembukaan Dominic Solanke pada minit ke-4.
Anthony Gordon kemudian menjaringkan gol 140 saat kemudian sebelum Alexander Isak meledak jaringan kemenangan mereka sebelum rehat.
Spurs jelas kecewa dengan gol penyamaan Newcastle itu selepas pemeriksaan video bantuan pengadil (VAR) yang panjang berikutan bola terkena tangan pemain pelawat, Joelinton, dengan gol itu kemudian disahkan memandangan lengan pemain Brazil itu berada di kedudukannya.
Justeru, barisan Postecoglou -- yang kini mengharungi enam perlawanan liga tanpa kemenangan di tempat sendiri buat kali pertama sejak Oktober 2008 -- turut menamatkan perlawanan tanpa pertahanan tengah sejati berikutan kecederaan yang menimpa Radu Dragusin.
"Mengenai keseimbangan permainan dan di sebalik sebarang keseimbangan yang diharapkan, juga keadilan berjalan seiring maka kami pasti menang," kata pengurus dari Australia itu kepada BBC Sport.
"Luar biasa. Saya berbangga dengan pemain. Saya tidak boleh persoalkannya lagi. Ia adalah satu perlawanan yang kami akan menangi jika semua perkara adil.
"Jika semua perkara adalah adil dan seimbang, kami pasti akan menang.
"Perkara berlaku tidak adil dan seimbang."
Shaiful Shamsudin
Sun Jan 05 2025