Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Spurs dilanda masalah kecederaan yang menyebabkan mereka bergelut untuk membentuk pasukan mantap apabila menduduki tangga ke-14 Liga Perdana Inggeris (EPL) berikutan kekalahan ke-11 musim ini ketika menentang Arsenal, kelmarin.
Mereka telah pun membeli penjaga gol baru bulan ini, Antonin Kinsky, dari Slavia Prague untuk mengurangkan sedikit tekanan di gawang selepas Guglielmo Vicario patah buku lali.
Spurs juga tanpa pertahanan utama, Micky van de Ven dan Cristian Romero, serta pemain sayap, Wilson Odobert, untuk jangka masa panjang dan dengan lebih banyak isu menimbun, Postecoglou menegaskan dia sememangnya terdesak memerlukan bantuan.
“Kelab ini bekerja sekeras dan itu sahaja yang saya boleh minta,” katanya.
Attention turns to Everton ⏩
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) January 16, 2025
👉 @Castrol pic.twitter.com/19MqgwNIg8
“Saya tahu banyak kerja sedang dilakukan di belakang tabir.
“Kami memerlukan perkasakan pasukan, kami perlu mencuba dan merealisasikannya jika kami mampu pada minggu ini.
"Ia lebih rumit di pertengahan musim memandangkan kami cuba mendapatkan pemain daripada kelab lain, sekali gus menuntut mereka untuk mencari pengganti.
"Jadi banyak hal logistik yang terlibat."