Antonio Conte menyifatkan pelantikannya di Tottenham sebagai isyarat buat seteru mereka dan juga Harry Kane.
Kane mengharungi permulaan yang sukar untuk kempen 2021-22 apabila hanya sekali menemui sentuhan berbisa dalam 13 perlawanan liga sambil tawaran daripada Manchester City untuk memperkuatkan barisan kepimpinan Pep Guardiola itu mungkin berlegar-legar di dalam fikirannya.
Justeru, Spurs terperosok di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas lima kekalahan dalam tujuh perlawanan sebelum bekas pengurus Inter itu mengambil alih kerusi panas berkenaan susulan pemecatan Nuno Espirito Santo.
Sejak itu, mereka kelihatan garang di bawah Conte -- yang melebarkan rekod kelab apabila belum tewas dalam lapan perlawanan liga pertama kendaliannya.
Catatan itu melonjakkan kelab London itu ke tangga keenam, dua mata di belakang kelab di tangga keempat, Arsenal, sambil masih mempunyai kelebihan dua perlawanan.
Kane juga mula menemui semula rentak jaringannya apabila mencatat tiga gol dalam empat perlawanan terakhir EPL.
Lantas Conte menekankan bahawa pendirian Spurs untuk tidak menyahut tawaran daripada City itu merupakan petunjuk betapa tingginya keinginan mereka untuk membina sesuatu yang istimewa.
"Saya mengikuti situasi mengenai Harry dan saya telah melihat apa yang berlaku dan apa yang boleh berlaku," katanya.
“Kelab memutuskan untuk mengekalkan Harry dan ia adalah pilihan yang bagus.
“Anda membuktikan bahawa anda mahu membina sesuatu yang penting di sekeliling salah seorang pemain terbaik di dalam pasukan.
"Harry ialah pemain Tottenham dan terus menjadi antara yang terbaik dalam pasukan ini. Dia menjadi sumber rujukan di dalam bilik persalinan.
"Saya rasa Tottenham mahu membawa saya ke sini untuk menghantar isyarat ke luar sana dan juga kepada pemain kami."
Ketua pasukan England itu telah memenangi anugerah Kasut Emas tiga kali tetapi tidak pernah menjulang sebarang trofi bersama Spurs sepanjang berada di kelab itu, dan Conte amat memahami mengapa anak buahnya tersebut masih belum berpindah.
“Ya, saya faham situasi Harry kerana sudah pasti apabila anda menamatkan karier, anda ingin mengenang semula penampilan anda dan pasukan yang pernah diwakili tetapi pada masa yang sama adalah tepat juga untuk melihat apa yang anda telah menangi,” sambungnya.
“Saya fikir kejuaraan penting untuk pemain terbaik kerana kadangkala pemain penting menamatkan karier mereka dengan beberapa gelaran sedangkan pemain yang kurang menyerlah memiliki lebih banyak trofi.
"Kita sedang bercakap tentang seorang yang benar-benar bagus. Ini adalah perkara yang paling penting, saya tahu situasi pada musim panas lalu tetapi Harry memutuskan untuk kekal. Saya telah menemui pemain yang terlibat sepenuhnya dalam projek ini.
"Saya gembira memilikinya di dalam pasukan saya, kita bercakap tentang pemain terbaik dan penyerang terbaik. Dia tahu pendapat saya mengenainya dan saya ulangi bahawa saya sangat gembira dapat bekerjasama dengannya."

24 - Most Premier League goals in 2021:
— OptaJoe (@OptaJoe) December 31, 2021
24 Mohamed Salah
18 Harry Kane
15 Ilkay Gündogan
14 Michail Antonio, Son Heung-Min, Diogo Jota, Kelechi Iheanacho
13 Ollie Watkins, Bruno Fernandes, Raheem Sterling, Jamie Vardy
Only. pic.twitter.com/Ano4m7A4NN