Spurs mendahului selepas tiga minit menerusi gol ledakan Brennan Johnson dan bertambah selesa sebelum rehat apabila Bruno Fernandes dibuang padang kerana melakukan terjahan tinggi ke atas James Maddison.
Dejan Kulusevski dan Dominic Solanke kemudian menokok jaringan dalam separuh masa kedua dengan 24 percubaan dilancarkan,.
Mereka juga mencipta peluang menarik tertinggi dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), sembilan kali, ketika mereka melanjutkan rekod tanpa kalah ke atas United kepada empat perlawanan.
Postecoglou kagum dengan prestasi pasukannya sepanjang 90 minit terutama dengan permulaan pantas mereka.
"Saya fikir ia adalah satu persembahan yang luar biasa," katanya kepada BBC Match of the Day.
+3 mood pic.twitter.com/71osSbih0m
— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) September 29, 2024
“Kami memulakan permainan dengan baik, menjaringkan gol hebat dan mungkin sepatutnya mempunyai dua atau tiga gol lagi.
"Tekanan kemudian menimpa tuan rumah dan mereka menerima kad merah. Selepas itu, saya fikir kami mengawal permainan dengan baik. Ia berkat usaha cemerlang daripada semua pemain.
"Saya tidak pasti tentang kekecewaan tidak mencetak lebih banyak gol tetapi saya hanya manusia. Selebihnya terpulang kepada pemain sendiri. Kami mempamerkan satu persembahan yang sukar memukau dan saya mahu lihat mereka menikmati ganjarannya.
"Setiap perlawanan anda sentiasa mahu bermula dengan baik tetapi ia tidak kerap berlaku. Dalam dua perlawanan terakhir, saya telah berpesan kepada pemain bahawa kami bolos dalam 20 saat pertama ketika menentang Brentford dan kemudian seorang lelaki dibuang padang dalam lapan minit pertama.
"Jadi ia mengenai perkara yang perlu menangani.
"Ini merupakan kemenangan keempat kami berturut-turut ke atas mereka dan kami telah memenanginya dengan cara yang berbeza, namun sentiasa kekal setia kepada prinsip kami dan corak permainan sendiri."