"Dalam fikiran saya, saya hanya mahu menyelamatkan pasukan!" Demikian pengakuan penjaga gol kebangsaan, Muhammad Hafizul Hakim, selepas menyelamatkan sepakan penalti ketika seri 1-1 menentang Hong Kong dalam aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium Hang Jebat, malam tadi.
Penjaga gol Perak itu menafikan jaringan kedua Alessandro Ferreira Leonardo dengan menampan sepakan penalti pemain lawan itu pada masa kecederaan.
Menyedari rakan sepasukan sudah berjuang habis-habisan, Hafizul sedar hanya dia mampu untuk memastikan skuad negara tidak pulang dengan tangan kosong apabila berdepan penalti tersebut.
Tambahan pula, dua rakan di benteng, Rizal Ghazali dan Aidil Zafuan Abdul Radzak, sudah dilayangkan kad merah.
"Saya hanya fikir untuk menyelamatkan pasukan sebab kita bermain di laman sendiri. Alhamdullillah, saya anggap itu sebagai rezeki.
"Bagi saya, prestasi kami semakin meningkat. Penguasaan bola pun bagus dan kami bermain sebagai satu pasukan.
"Untuk perlawanan akan datang, prestasi kami akan lebih baik lagi dan Insya-Allah keputusan positif pasti menyusul," katanya.
Turut memainkan peranan dalam memastikan skuad negara menamatkan rentetan kekalahan di peringkat antarabangsa ialah pemain sayap, Syazwan Zainon, yang melakar jaringan penyamaan pada minit ke-56.
Bagi Syazwan, semangat juang serta komitmen rakan sepasukan untuk bangkit selepas ketinggalan kepada Hong Kong memberi gambaran mereka berada di landasan tepat ke tahap prestasi yang lebih baik.
"Kita terpaksa terima sebab kalau mahu ubah semula keputusan itu pun tidak boleh.
"Jurulatih pun sudah memberitahu kami akan buat yang lebih baik selepas ini. Kalau kita tengok, permainan kami pun semakin meningkat," ujarnya.
Malaysia akan bertandang ke Korea Utara pada 5 Oktober depan untuk aksi ketiga pusingan kelayakan Piala Asia 2019.