Skip to main content

Bola Sepak

Tomislav Steinbruckner kekal DNA Croatia di Terengganu

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

steinbruckner.jpg
Ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, kelihatan akan mengekalkan DNA Croatia dalam pasukan itu apabila membawa masuk pemain tengah baru, Marin Pilj, untuk menggantikan bekas ketua pasukan, Habib Haroon, bagi saingan musim ini.

Pilj, yang sebelum ini beraksi bersama kelab liga utama Croatia, NK Varazdin, dijangka melengkapkan perpindahan ke Terengganu dalam waktu terdekat, sekali gus menjadi pemain kedua dari negara itu selepas Ivan Mamut.

"Kedua-dua mereka merupakan pemain yang amat bagus. Kita sedia maklum apa yang telah dilakukan Ivan buat kami musim lalu, banyak gol penting dijaringkannya," kata Steinbruckner kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

"Pada awal musim, dia tidak kelihatan terlalu bagus tetapi hari demi hari, dia semakin bagus.

"Saya tidak boleh beri jaminan kepada mana-mana pemain untuk berada dalam kesebelasan utama. Mereka perlu layak berada di sana.

"Musim lalu, kami menghadapi banyak kejohanan dan ada ketika ramai pemain mengalami masalah dan terpaksa direhatkan.

"Apabila setiap posisi memiliki pemain tetap, dan ada pemain bagus yang boleh mengambil tempat mereka, mereka akan bermain dengan lebih bagus dan tidak berasa selesa dalam setiap latihan.

"Itulah yang kami sasarkan, di mana ada dua pemain yang bagus dalam setiap posisi dan mereka perlu berebut posisi dalam pasukan. Harap-harap ia akan meningkatkan pasukan kami," katanya.
 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video