BOLA SEPAK

Tomislav Steinbruckner dipilih ketua jurulatih kelab Vietnam, Doang A Thanh Hoa

Stadium Astro
Muzaffar Musa
22/03/2025
08:25 MYT
Sponsor Banner
Tomislav Steinbruckner dipilih ketua jurulatih kelab Vietnam, Doang A Thanh Hoa
Bekas ketua jurulatih Terengganu, Tomislav Steinbruckner, akan diumumkan sebagai pengendali baru kelab Vietnam, Doang A Thanh Hoa.
Thanh Hoa ketika ini sedang menduduki tanggan keempat V.League 1 dengan 26 mata selepas 16 perlawanan.
Mereka memilih untuk berpisah dengan ketua jurulatih, Velizar Popov, pada awal bulan ini dan kekosongan itu kelihatan akan segera diisi dengan kehadiran Steinbruckner.
Sebagai rekod, Popov juga pernah bertindak sebagai ketua jurulatih Kelantan pada 2016.
Menariknya, Steinbruckner membimbing Terengganu ketika terikat 2-2 dengan Thanh Hoa dalam aksi peringkat kumpulan ACC Shopee Cup di Kuala Terengganu pada September lalu dan dia kini dipilih sebagai ketua jurulatih pasukan Vietnam itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video