TMJ turut berkongsikan pandangan bahawa tindakan Feroz Baharuddin yang melakukan kekasaran terhadap Clayton Silveira dalam kotak penalti juga boleh dihadiahkan sepakan penalti buat Perak.
Dalam aksi itu, Pemain Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia tiga tahun berturut-turut itu dilihat menumbuk Tommy Mawat dan hanya dilayangkan kad kuning.
Pertelingkahan diantara Arif Aiman & Tommy Mawat di hujung permainan! ?#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/bsO9qbzZaT
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
"Pengadil patut beri kad merah untuk dua-dua pemain bergaduh. Feroz 50/50 punya terjahan saya tak tahu. Tetapi kalau saya pengadil bagi saja penalti pada Perak.
"Apa-apa keputusan kita terima." Katanya seperti yang dilaporkan sebuah media tempatan.
Insiden melibatkan Feroz Baharudin & Clayton Silveira didalam kotak penalti di separuh masa pertama! ?#DemiLigaKita #PRKJDT pic.twitter.com/Kolo8EoEvp
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) November 10, 2024
Perlawanan itu berakhir dengan JDT menang 5-0 untuk mengukuhkan lagi kedudukan di puncak liga dengan 40 mata selepas 14 perlawanan.