BOLA SEPAK MSIA
TMJ bakal umum tiga perkara berkait Harimau Malaya
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, hari ini akan berkongsi tiga perkara berhubung Harimau Malaya.
Sosok jurulatih baru skuad senior dan skuad B-23 kebangsaan akan diumumkan hari ini, menurt hantaran Instagram Story baginda.
"Esok (Isnin) akan diumum berkenaan ketua jurulatih pasukan kebangsaan. Jurulatih skuad B-23, pasukan perubatan dan teknologi yang akan digunakan memberi impak kepada skuad kebangsaan,” tulisnya.
Iklan
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Teknikal Harimau Malaya juga akan diketahui hari ini.
Dalam hantaran itu lagi, Tunku Ismail mendedahkan mesyuarat bersama wakil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengenai usaha mendapatkan data pemain warisan Malaysia yang beraksi di luar negara juga diadakan.
Must-Watch Video