Skip to main content

Bola Sepak

Tinggalkan Nakhon Pathom, ke mana hala tuju dua pemain muda negara?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

farewell-fergus-tierney-muhammad-abu-khalil.jpg
Dua bintang muda negara, Fergus Tierney dan Muhammad Abu Khalil, sah meninggalkan kelab Thai League 1, Nakhon Pathom United, selepas tempoh pinjaman daripada kelab masing-masing berakhir.

Fergus, 22, merupakan pemain dari Johor Darul Ta'zim (JDT), di mana dia dipinjamkan kepada Chonburi selama semusim sebelum bersama Nakhon Pathom.

Muhammad, 20, pula merupakan pemain Selangor yang pernah dipinjamkan ke kelab Jepun, FC Osaka, sebelum ke Thailand.

Nakhon Pathom, dalam satu kenyataan malam tadi, berkata: "The King Tigers melepaskan tiga pemain ASEAN selepas tempoh pinjaman mereka berakhir semalam.

"Nakhon Pathom United mengucapkan selamat maju jaya buat masa depan kesemua mereka."

Berdasarkan perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Fergus berkemungkinan besar akan kembali ke pangkuan JDT musim depan manakala masih tiada sebarang perkhabaran mengenai masa depan Muhammad tetapi dia juga dijangka akan kembali ke pangkuan skuad senior Selangor.
 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video