Skip to main content

Bola Sepak

Tidak lupa kepada tujuh pemain, mereka tetap rakyat Malaysia -- Arif Aiman

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

arip.jpg
"Mereka tetap rakyat Malaysia"

Itu antara ucapan penggempur Harimau Malaya, Arif Aiman Hanapi, yang sentiasa memberikan sokongan buat tujuh pemain Malaysian Abroad yang diberikan hukuman Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung pemalsuan dokumen sebelum ini.

Arif menjadi watak penting selepas melunaskan hajat tiga mata negara apabila membuka tirai jaringan pertama negara ketika membantu Malaysia menewaskan Laos 3-0 dalam aksi Kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Nasional New Laos malam tadi.

Anak buat Peter Cklamovski turun tanpa tujuh pemain iaitu  Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano, telah dikenakan penggantungan 12 bulan.



 

"Tahniah kepada semua pemain yang beraksi, tidak lupa juga kepada tujuh pemain yang diberikan hukuman, mereka tetapi pemain dan rakyat Malaysia. Kami mendoakan.

"Terima kasih penyokong terbesar dan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim." katanya.

Malaysia kini menungguli saingan Kumpulan F, Kelayakan Piala Asia 2027 dengan sembilan mata selepas tiga perlawanan.
Football

Semangat Bola Tak Pernah Padam

Main lebih yakin dengan kasut bola ringan & tahan lama. Sesuai untuk semua peringkat pemain.


Dapatkan sekarang

Advertisement

Must Watch Video