UCL
Tiada siapa ragui kebolehan Ronaldo
Pertahanan, Dani Carvajal, mendedahkan Real Madrid tidak memiliki sebarang keraguan terhadap Cristiano Ronaldo yang gagal mempamerkan persembahan cemerlang pada pembukaan musim ini.
Ronaldo gagal menjaringkan gol dalam dua perlawanan LaLiga berturut-turut sejak kembali beraksi selepas digantung lima perlawanan.
Walaupun hanya beraksi dalam dua perlawanan utama, pemain kebangsaan Portugal itu telah melakukan banyak percubaan dan telah menggegar palang gol dua kali ketika Real melakar kemenangan 2-1 ke atas Alaves.
Iklan
Tetapi Ronaldo telah meledak dua gol di laman sendiri berdepan APOEL dalam aksi pembukaan Liga Juara-Juara musim ini dan Carvajal tidak risau dengan prestasi Ronaldo menjelang pertemuan berdepan Borussia Dortmund.
"Tiada siapa yang meragui Ronaldo," kata Carvajal.
"Saya sangat bertuah kerana dapat beraksi bersamanya dalam setiap sesi latihan. Dia seorang pemain yang bekerja keras.
"Secara keseluruhan, pasukan berada pada tahap yang baik, hanya kurang sentuhan penyudah dalam beberapa perlawanan awal, tetapi apa yang penting adalah kami telah menghasilkan peluang," tambahnya.
Carvajal menjangkakan cabaran yang sukar berdepan Dortmund, yang memerlukan kemenangan selepas tewas 3-1 kepada Tottenham dalam aksi pembukaan.
"Kami masih belum meraih kemenangan di Signal Iduna Park, ia adalah venue yang agak sukar. Dortmund sangat kompetitif.
"Ia adalah perlawanan yang penting," katanya lagi.
Must-Watch Video