Skip to main content

Bola Sepak

Tiada kelibat Natxo Insa, Mukhairi Ajmal dalam skuad harimau Malaya

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

natxo-insa.jpg
Hasrat penyokong Harimau Malaya melihat kembali tunjang utama Johor Darul Ta'zim (JDT), Natxo Insa, kembali menyarung jersi pasukan kebangsaan tidak kesampaian apabila terpaksa digugurkan pada hari pertama sesi latihan rasmi skuad negara.

Perkara itu disahkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dalam ciapannya di X yang mendedahkan pemain berusia 38 tahun itu mengalami kecederaan. 

 

Sebelum ini, Natxo dipanggil menyertai kem latihan skuad kendalian Pau Mari Vicente bersama 25 pemain bagi memperkuat pasukan menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Laos dan India.

Kali terakhir dia mewakili Malaysia adalah ketika saingan Piala Asia 2023, Januari lalu. 

Dalam masa sama, bintang muda Selangor, Mukhairi Ajmal, turut diketepikan ekoran kecederaan selepas perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) bertemu Jeonbuk Hyundai Motor, Khamis lalu.

 

Zhafri Yahya dan Fazrul Amir daripada senarai bersedia dipanggil bagi mengisi kekosongan tersebut.

 

Advertisement

Must Watch Video