Skip to main content

Bola Sepak

Tiada jaminan berjaya dalam Bundesliga -- Lookman

lookman.jpg
Pemain sayap Everton, Ademola Lookman, menggalakkan lebih ramai pemain England meraih pengalaman beraksi di negara lain tetapi memberi amaran penghijrahan ke Bundesliga tidak menjamin sebarang kejayaan.

Lookman telah menjaringkan lima gol dalam 11 perlawanan liga ketika dipinjamkan ke RB Leipzig musim lalu manakala Jadon Sancho dan Reiss Nelson menyinar beraksi dalam saingan tertinggi bola sepak Jerman bersama Borussia Dortmund dan Hoffenheim.

Bintang muda Chelsea, Callum Hudson-Odoi, telah dikaitkan dengan perpindahan menyertai Bayern Munich sejak beberapa hari lalu dan bakal menjadi pemain terbaru England untuk menikmati kesebelasan utama.

Bagaimanapun, Lookman memberitahu segalanya bergantung kepada pemain-pemain untuk membuktikan kebolehan mereka bagi mendapatkan peluang untuk beraksi.

"Setiap orang memiliki senario berbeza, situasi yang berbeza," katanya.

"Jadi, saya berasa ke mana sahaja anda pergi, anda perlu membuktikan kebolehan terlebih dahulu untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

"Ia merupakan corak permainan yang berbeza di Jerman, ia merupakan satu pengalaman berbeza," katanya.

Lookman telah beraksi sekali dalam kesebelasan utama sejak kembali ke Everton tetapi menjaringkan gol kemenangan ketika mengatasi Lincoln City 2-1 dalam saingan Piala FA, Sabtu lalu.

Walaupun diketepikan dalam perancangan skuad utama Marco Silva, Lookman menegaskan dia gembira di Goodison Park dan berazam untuk membuktikan kebolehannya.

"Saya bukan tidak gembira, saya cuma perlu bekerja keras, ia adalah sebahagian daripada tugas saya sebagai pemain bola sepak."
 

Advertisement

Must Watch Video