LIGA INGGERIS
Tiada hukuman tambahan untuk Mourinho
Jose Mourinho tidak berdepan sebarang hukuman daripada Persatuan Bola Sepak England (FA) selepas diarahkan meninggalkan padang ketika Manchester United melakar kemenangan 1-0 ke atas Southampton.
Mourinho diminta untuk ke barisan penonton oleh pengadil perlawanan, Craig Dawson, pada masa kecederaan di Stadium St Mary pada Sabtu lalu selepas berlaku salah faham di antara beliau dan pegawai perlawanan, Mike Jones.
Mengulas mengenai insiden tersebut, Mourinho memberitahu, "Saya tidak tahu apa yang telah berlaku, Dawson meminta saya untuk meninggalkan padang, jadi saya melakukannya."
Iklan
FA telah mengesahkan bahawa kesalahan yang dilakukan oleh Mourinho tidak akan diberikan sebarang hukuman lanjut dan akan kembali bersama pasukannya bagi menghadapi perlawanan di Old Trafford bertemu Crystal Palace.
Tidak asing dengan kontroversi mengenai disiplinnya di England, bekas pengendali Chelsea itu telah dihukum gantung satu perlawanan dan didenda GBP50,000 (RM283,750), November lalu.
Must-Watch Video