INDONESIA 0 THAILAND 3
Thailand memanfaatkan kelemahan moral pemain Indonesia untuk merekod kemenangan sulung 3-0 dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Gelora Bung Karno (GBK), sebentar tadi.
Skuad Garuda itu kembali ke GBK tanpa gegak-gempita penyokong yang masih kecewa dengan kekalahan 3-2 kepada Malaysia, Khamis lalu.
Dan ia ternyata menyukarkan hasrat Indonesia untuk mencari kemenangan sulung ketika Thailand turun dengan misi sama selepas terikat seri tanpa jaringan dengan Vietnam dalam aksi pembukaan.
Di sebalik harapan yang disandarkan ke atas penyerang, Stefano Lilipaly, Indonesia sekadar mengikat kedudukan 0-0 sehingga tamat babak pertama.
Namun, ia tidak dibiarkan barisan pelawat kendalian Akira Nishino itu yang tampil dengan permainan lebih kemas sebaik permainan bersambung.
Hasilnya, gol pertama berjaya dihasilkan Supachok Sarachat pada minit ke-55 sebelum digandakan Theerathon Bunmathan menerusi sepakan penalti 10 minit kemudian.
Thailand memastikan tiga mata penuh apabila melengkapkan kemenangan dengan jaringan ketiga pada minit ke-73 menerusi gol kedua peribadi Sarachat.
Kemenangan tersebut meletakkan Thailand selaku pendahulu Kumpulan G dengan empat mata, satu mengatasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) sementara Malaysia di tangga ketiga.