BOLA SEPAK MSIA
Terpulang kepada FAM -- Giancarlo Gallifuoco sedia perkuat Harimau Malaya
Pertahanan Kuala Lumpur (KL) City, Giancarlo Gallifuoco, tidak menolak khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini yang juga merupakan keinginannya untuk menyarung jersi Harimau Malaya.
Dia yang lebih mesra disapa dengan panggilan 'Gigi' itu telah beraksi buat kelab Warga Kota itu sejak 2020 dan telah membuat 107 penampilan serta merupakan antara tonggak utama kelab itu ketika dibawah kendalian Bojan Hodak sebelum ini.
🏠🇲🇾 'Malaysia is my home' Giancarlo Gallifuoco🎥 : Sorawit/SNE Sports#ShopeeCup #BRUKLC #KLCity #GG9 #Malaysia#SNESports#LifeTelco#KelmeMalaysia pic.twitter.com/FKxH0ARlHj— SNE Sports (@SNE_Sports) February 7, 2025
Iklan
Begitupun, dia menyerahkan keputusan untuk dirinya memperkuatkan skuad Harimau Malaya itu sepenuhnya di bawah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dengan pemain berusia 31 tahun itu turut terbuka untuk mewakili skuad kebangsaan.
"Saya turut mendengar khabar angin itu juga dan ini merupakan tahun kelima saya. Sudah tentu sekiranya diberikan peluang saya akan menyukai peluang itu kerana Malaysia adalah rumah saya.
"Tetapi tu hanya khabar angin dan perkara itu terpulang kepada FAM untuk mengatur dan memutuskannya. Saya sayangkan Malaysia dan ini merupakan rumah saya." katanya kepada SNE Sports.
Must-Watch Video