Difahamkan, profil pemain itu merupakan warisan terbaru Harimau Malaya.
Ketika sidang media pengumuman pemain menjelang perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu, ketua jurulatih, Peter Cklamovski, memberi bayangan bahawa ada seorang lagi pemain 'Malaysian Abroad' akan memperkuat Harimau Mayala bertemu Vietnam pada 10 Jun depan.
Tanpa mendedahkan identiti pemain itu, pengendali dari Australia itu tampak merujuk kepada Jon Irazabal yang sudah dikaitkan bersama Harimau Malaya Mac lalu sambil memaklumkan proses pendokumentasiannya bakal selesai dalam masa terdekat.
Namun, menurut laman Harimau Abroad, seorang lagi nama baru muncul didakwa akan menyertai skuad kebangsaan sebagai status pemain warisan.
Penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado, dikatakan memiliki kerakyatan Malaysia menerusi neneknya, namun tiada pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak tertentu.
Sejauh manakah kebenaran itu?
Jika benar, maka ia akan menjadi nilai tambah buat kem negara mempunyai penyudah tajam di hadapan gol.
Holgado, 29, pernah mewakili San Lorenzo dan sedang beraksi dalam liga utama Columbia dengan mengumpul 15 penampilan serta merekodkan tujuh gol setakat ini.
Pemain kelahiran Argentina itu juga memiliki ketinggian ideal yang dianggap berbahaya untuk situasi bola mati.
Menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Gabriel Palmero belum tiba di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor dan Hector Hevel akan dipanggil ketika Fasa 3 skuad Harimau Malaya.

?? América de Cali forward Rodrigo Holgado is reportedly being called up for the Malaysia national team.
— Harimau Abroad ?? (@HarimauAbroad) May 19, 2025
Thank you @FutLegionnaires for info. https://t.co/mVjQg8dc0x