Sebelum ini, pemain pinjaman JDT, Akhyar Rashid, menjadi mangsa samun dan dipukul di sebuah apartmen di Kuala Terengganu.
Bintang Selangor, Faisal Halim, mengalami nasib yang sama apabila dilaporkan disimbah asid ketika sedang membawa keluarganya keluar ke pusat membeli-belah di Damansara, petang tadi.
Tunku Ismail mengutuk insiden yang berlaku kepada Faisal Halim dan Akhyar Rashid, mahu PDRM segera melakukan siasatan dan ambil tindakan sewajarnya. @ASTROARENA pic.twitter.com/KcjswSDLAC
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 5, 2024
TMJ, mengecam sekeras-kerasnya kejadian yang menimpa kedua-dua pemain bola sepak kebangsaan itu dan meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan sewajarnya.