Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Terengganu umum berpisah dengan Tomislav Steinbruckner

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

tomislav.jpg
Terengganu hari ini mengumumkan bahawa kelab itu telah mengadakan satu perbincangan bersama pengendalinya, Tomislav Steinbruckner, dan mencapai persetujuan bersama untuk melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih musim ini.

Turut mengikuti proses berkenaan ialah dua staf di barisan kejurulatihannya, iaitu Ivica Vranjes (penolong jurulatih) dan Hrvoje Bradasic (jurulatih kecergasan).

Menurut kenyataan itu, Langkah berkenaan diambil dan diputuskan bersama atas dasar melihatkan prestasi semasa pasukan serta dalam usaha kelab itu untuk memelihara keadaan dan perhubungan di antara pemain, penyokong dan imej kelab secara keseluruhannya. 

"Bermula hari ini, tugasan untuk mengendalikan pasukan utama akan digalas oleh penolong ketua jurulatih, Badrul Afzan Razali dan Hairudin Omar, buat sementara waktu. 

"Tomislav menyatakan beliau bersetuju atas dasar sepertimana yang telah dinyatakan dan berharap kelab ini mampu terus bergerak dengan baik dan lebih berjaya pada masa-masa yang akan datang," kata kenyataan berkenaan.

 

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video