Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: Shahril Mokhtar positif Faisal Halim akan kembali beraksi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

halim.jpg
Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Dato' Sri Shahril Mokhtar, berasa yakin Faisal Halim akan kembali bermain bola sepak suatu hari nanti.

Dia bersama Selangor komited untuk memberikan bantuan yang sewajarnya dari aspek fizikal, mental mahupun kewangan kepada Faisal ataupun mana-mana pemain yang menghadapi situasi sukar.

"Kami profesional , tangggungjawab kelab adalah jaga pemain. Sesiapa pun pemain yang kena, Selangor tetap akan berikan bantuan. 

"Kita akan berikan sokongan kepada Mickey dari segi mental fizikal, dan bantuan kewangan sampai dia boleh kembali beraksi. Dengan semangat yang Faisal miliki, tidak mustahil Mickey boleh kembali." katanya.

Dalam pada itu, Faisal juga berkongsi kesan fizikal yang dihadapinya tetapi dengan bantuan keluarga dan isteri yang memberikan sokongan penuh membantunya untuk memberikan semangat sehingga hari ini.

"Selepas kejadian kehidupan saya berbeza, tak boleh makan sendiri dan pergi ke tandas sendiri. Saya memerlukan bantuan daripada keluarga dan isteri yang ada sejak dari hari pertama. Mereka bergilir-gilir menjaga saya. kata Faisal Halim.
 

Advertisement

Must Watch Video