Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

TERKINI: Perodua berpotensi jadi penaja Man United

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

peroduamu.jpg
Juara Piala FA musim lalu, Manchester United, berpotensi mendapat tajaan daripada sebuah entiti pengangkutan terkemuka negara sebagai salah satu daripada keluarga The Red Devils bagi menghadapi musim akan datang.

Gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu menyatakan hasrat mahu bergabung bersama syarikat automotif tempatan, Perodua, bagi perbincangan mengenai bentuk tajaan. 

“Baru-baru ini, saya ada menerima surat daripada Manchester United yang bertanya sama ada mereka boleh memaparkan logo Perodua pada jersi mereka dan sama ada kami berminat untuk menaja mereka.

“Saya biasanya tidak berkongsi perkara seperti ini secara terbuka, tetapi secara peribadi, saya sebenarnya penyokong Arsenal. Kalau saya buat begitu, rasa macam tak adil untuk Arsenal,” katanya secara berseloroh ketika ditemui pada sidang media Kejohanan Siri Golf Amatur Kebangsaan di Saujana Golf and Country Club, di sini hari ini.

“Kami akan mempertimbangkannya, terutama untuk bola sepak di Malaysia,” kata pengerusinya, Tan Sri Asmat Kamaludin, kepada media tempatan. 

Sebarang bentuk penjanjian persefahaman akan diteliti sepenuhnya dalam masa terdekat.
 

Advertisement

Must Watch Video