BOLA SEPAK MSIA

TERKINI: Pembantu Peter Cklamovski sah tinggalkan Harimau Malaya selepas dua bulan dilantik

Stadium Astro
Najmi Iman
10/04/2025
02:40 MYT
Sponsor Banner
TERKINI: Pembantu Peter Cklamovski sah tinggalkan Harimau Malaya selepas dua bulan dilantik
Pembantu ketua jurulatih Harimau Malaya, Mark Daniel Milligan, secara rasminya meninggalkan pasukan itu selepas diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.
Bekas pemain kebangsaan Australia dipilih selaku penolong Peter Cklamovski Februari lalu bersama John Crawley (jurulatih penjaga gol) dan Matt Smith bagi memperkuat skuad kebangsaan dalam misi utama mara ke Arab Saudi ketika Kelayakan Piala Asia 2027 kini.
Pemain termuda skuad Piala Dunia 2006 Australia itu juga memiliki pengalaman dalam kancah tersebut selepas pernah merangkul kejuaaran Piala Asia 2015 bersama Socceroos.
Sebelum ini, menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Mark Milligan dilaporkan kembali ke negara kelahirannya untuk bergabung dengan kelab terkemuka, Newcastle Jets, menjelang musim baru kelak.
"Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Mark Milligan atas sumbangannya kepada Harimau Malaya.
"Walaupun tempohnya singkat, dia membantu langkah pertama bagi tempoh penting untuk persiapan aksi Malaysia menentang Nepal.
"Kami memahami dan menyokong keputusannya untuk mencari peluang di luar negara. Kami mengucapkan segala yang terbaik dalam usahanya pada masa hadapan," kata Peter Cklamovski.
Mark Milligan sempat menurunkan ilmu dan pengalamannya pada perlawanan pertama berdepan Nepal di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), bulan lalu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video