Skip to main content

Bola Sepak

Terkini: MFL beri pertimbangan, hormati titah Sultan Selangor

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mfl.jpg
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan maklum balas pantas mengenai hukuman yang dikenakan kepada pasukan Selangor baru-baru ini.

Keputusan itu dibuat selepas titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang menggesa pihak MFL berperikemanusiaan dan menghormati pasukan Selangor yang meminta untuk menunda perlawanan Sumbangsih itu.

Mengikut kemas kini terbaru, MFL memberikan pertimbangan yang setimpal dan lebih meringankan beban buat pasukan Selangor untuk melunaskan denda-denda yang telah ditetapkan.


Skuad kendalian Nidzam Jamil itu mendapat pengurangan denda sebanyak RM60,000.00 berbanding jumlah sebenar sebelum ini dan tetap perlu membayar pampasan kerugian oleh pasukan tuan rumah, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bagaimanapun, pemotongan tiga mata dan hukuman larangan kehadiran penonton pada perlawanan Liga Super ke-14 ke Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berjaya dibatalkan secara serta merta.  

Advertisement

Jadual

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Jumaat, 05 Dis
09:00 PM
Terengganu FC-team-logo Terengganu FC
Kuching City FC-team-logo Kuching City FC
Sabtu, 06 Dis
05:00 PM
PDRM FC-team-logo PDRM FC
Sabah FC-team-logo Sabah FC
08:30 PM
Melaka FC-team-logo Melaka FC
Negeri Sembilan-team-logo Negeri Sembilan
Ahad, 07 Dis
08:15 PM
DPMM FC-team-logo DPMM FC
Imigresen FC-team-logo Imigresen FC
09:00 PM
Penang FC-team-logo Penang FC
Selangor FC-team-logo Selangor FC
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video