Skip to main content

Bola Sepak

Terkini Liga Super: Selangor tunda pesta bunga api JDT

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

selangor-ornnei.jpg
Selangor kembali ke landasan kemenangan dalam kempen Liga Super 2024/25 selepas menewaskan Sri Pahang 2-0 di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya, sebentar tadi.

Selangor mendominasi aksi separuh masa pertama selepas kelincahan Ali Olwan yang bijak melepasi tiga orang pemain Tok Gajah, untuk meletakkan pasukan tuan rumah mendahului 1-0 pada minit ke-14.

Ketika mengawal permainan, Ronnie Fernandez membuktikan ketajaman dihadapan gawang apabila sepakan derasnnya menerjah gawang untuk menewaskan Zarif Irfan sekali gus menutup babak pertama dengan keputusan 2-0.



 


Gergasi Merah menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi Ali Olwan, namun jaringan itu dibatalkan selepas pengadil melakukan semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) dan mendapati bola itu terlebih dahulu mengenai tangan Quentin Cheng untuk kedudukan kekal 2-0.

Begitupun, peluang terbaik Sri Pahang hadir menerusi Kpah Sherman namun sepakannya sekadar menyinggah palang gol dan perlawanan tamat dengan Selangor mengumpul tiga mata penuh dengan kemenangan 2-0.



 

Kemenangan itu sekali gus menunda gelaran ke-11 berturut-turut Liga Super buat Johor Darul Ta'zim (JDT), dengan skuad Harimau Selatan perlu mencari satu lagi kemenangan sebelum dinobatkan selaku juara liga.

Selangor kini menduduki tangga kedua liga dengan 42 mata selepas 19 perlawanan, manakala Seri Pahang di kedudukan ke-11 dengan 16 mata.

Advertisement

Must Watch Video