Gerakan serangan balas skuad Garuda membuahkan hasil selepas rembatan Marselino Ferdinan pada minit ke-32 memastikan Ahmed Al-Kassar mati langkah untuk memastikan Indonesia mendahului 1-0 dalam separuh masa pertama.
MARCENG HAS DONE IT AGAIN! 2-0!
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) November 19, 2024
‣ #GarudaMendunia ‣ #TimnasDay ‣ #TimnasIndonesiaMandiri pic.twitter.com/tNMPlNK3DR
Skuad kendalian Shin Tae-yong memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan beberapa siri percubaan hampir menggandakan jaringan tetapi sukar menembusi kekebalan benteng pertahanan The Green Falcons.
Begitupun, Marselino sekali lagi memanfaatkan gerakan dari sebelah kanan untuk menghukum Arab Saudi dengan jaringan kedua sekali gus memastikan Indonesia selesa mendahului 2-0 pada minit ke-57.
??
— Timnas Indonesia (@TimnasIndonesia) November 19, 2024
‣ #GarudaMendunia ‣ #TimnasDay pic.twitter.com/OgP4N3uA73
Walaupun pertahanan Indonesia, Justin Hubner, dilayangkan kad merah susulan melakukan kekasaran pada minit akhir perlawanan. Insiden itu tidak menganggu momentum Garuda untuk menamatkan aksi hingga wisel penamat dengan kemenangan 2-0.
Kemenangan itu memastikan Indonesia meraih kemenangan pertama Kumpulan H serta mendaki kembali kedudukan ke-3 Kumpulan H dengan enam mata selepas enam perlawanan.