Harimau Malaya akan meneruskan saingan dalam perlawanan seterusnya Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Laos pada 9 dan 14 Oktober ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski menyenaraikan 29 pemain tanpa 7 pemain warisan yang dikenakan hukuman penggantungan 12 bulan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), baru-baru ini.
Declan Lambert, Afiq Fazail dan Ramadhan Saifullah Usman antara tiga pemain yang mendapat perhatian pengendali Malaysia itu selepas lama tidak mendapat panggilan kebangsaan.
Bintang naturalisasi baharu Kuching City, Jordan Mintah, adalah muka baru sebagai penggempur Harimau Malaya menghadapi dua aksi tersebut.
Meskipun tanpa tujuh bintang utama (Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Gabriel Palmero, Imanol Machuca, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Joao Figueiredo), Harimau Malaya mahu meneruskan rentak kecemerlangan dibantu dengan empat tonggak yang sedang berkelana di luar negara iaitu Dion Cools, Sergio Aguero, Endrick Dos Santos dan Richard Chin.
Sudah pasti ketua jurulatih kelahiran Australia itu juga mahu mengekalkan rekod tanpa kalah sejak menyandang jawatan tersebut.
Berikut merupakan senarai penuh 29 pemain:

?Tiada 7 pemain ‘warisan’, Jordan Mintah dapat call up pertama selepas sah jadi pemain naturalisasi. Turut tersenarai, Ramadhan Saifullah! ???@ASTROARENA pic.twitter.com/7ztzqujlN1
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 3, 2025