Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Terkini: JDT umum ketibaan bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

samu-castillejo.jpg
Johor Darul Ta'zim (JDT) menambah kekuatan menjelang pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) dengan mendatangkan bekas bintang AC Milan, Samu Castillejo.

Menerusi laman sosial rasmi mereka sebentar tadi, Harimau Selatan mengumumkan kemasukan pemain sayap itu, yang memiliki lebih 300 penampilan bersama kelab terkemuka Eropah, antaranya Valencia, Villarreal dan Malaga.

Sebagai rekod, Castillejo pernah beraksi bersama bintang dunia seperti Zlatan Ibrahimovic, Diogo Dalot, Brahim Diaz, Gianluigi Donnarumma, Theo Hernandez, Rafael Leao, Mario Mandzukic, Ante Rebic dan Sandro Tonali sewaktu bersama Milan di bawah bimbingan Stefano Pioli dari 2018-2022.

Harimau Selatan akan menghadapi kelab Thailand, Buriram United, bagi dua aksi pusingan 16 ACLE pada 4 dan 11 Mac ini. 

 

Advertisement

Must Watch Video